kajian

kajian lapangan UMS/HT17
Lawas, Sarawak 2010

kajian lapangan UMS/HT17
Beaufort, Sabah 2010

MODEL GUNA TANAH DAERAH BEAUFORT, SABAH

                                                             Model Guna Tanah Burgess

Ernest W.Burgess (1925) merupakan antara tokoh yang telah memperkenalkan teori model guna tanah. Teori ini mula-mula sekali diperkenalkan pada tahun 1925.  teori yang dibuat oleh Burgess ini dikenali sebagai teori “Zon Bandar” atau dengan nama lain sebagai “Model Zon Sepusat”. Teori Zon Bandar ini merupakan model yang dibuat melalui pengubahsuaian teori Von Thunen dengan tujuan digunakan secara lebih empirical dalam kajian Burgess tentang guna tanah di wilayah Chicago.

Burgess telah menggunakan kos pengangkutan dan keperluan kualiti hidup sosial penduduk setempat serta fungsi penggunaan tanah tanpa melibatkan faktor-faktor lain. Dalam model Zon Sepusat Burgess ini beliau telah membahagikan penggunaan tanah kepada lima zon utama mengikut bulatan konsentris iaitu zon 1 ialah daerah perniagaan berpusat, zon 2 ialah zon peralihan, zon 3 ialah zon perumahan pekerja, zon 4 ialah zon kediaman terbaik dan zon terakhir iaitu zon 5 merupakan zon berulang-alik.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian kami di Beaufort, kami telah memilih model Burgess bagi mewakili jenis guna tanah di kawasan tersebut. Berdasarkan model Zon Sepusat oleh Burgess ini daerah perniagaan berpusat tertumpu di kawasan pekan iaitu terletak pada zon satu dalam model. Selain itu, zon peralihan di daerah Beaufort ini juga merupakan kawasan perniagaan atau perindustrian ringan yang tidak menggunakan ruang yang luas misalnya lot-lot kedai kecil seperti kedai runcit. Seterusnya, zon perumahan pekerja terletak dalam bulatan ketiga. Kawasan perumahan ini terletak berhampiran dengan kawasan pekan bagi memudahkan penduduk pergi bekerja. Zon ke tiga ini terdiri daripada golongan pekerja kilang, buruh, dan penduduk yang berpendapatan rendah. Misalnya, terdapat kawasan kediaman penduduk yang berdekatan dengan kilang di Beaufort seperti di kampung Mempagar.

Manakala, zon keempat dan kelima pula berada jauh dari kawasan pekan kerana zon tersebut adalah kawasan pinggir bandar yang didiami oleh penduduk yang mempunyai taraf hidup yang lebih baik. Misalnya, penduduk daerah Beaufort yang mempunyai ladang-ladang kelapa sawit dan getah ramai yang bertumpu di kawasan pinggir bandar. Zon berulang-alik pula merupakan kawasan luar dari sempadan bandar yang merupakan kawasan kediaman bagi komuniti pinggir bandar. Masyarakatnya terdiri daripada golongan atasan dan pertengahan yang mempunyai kenderaan sendiri. Misalnya, terdapat ramai golongan atasan dan pertengahan di daerah Beaufort yang tinggal di kawasan berulang-alik ini. Hal ini kerana, mereka mempunyai kenderaan sendiri yang memudahkan pergerakan serta disebabkan keinginan untuk hidup dengan aman dan selesa.

PEJABAT DAERAH BEAUFORT, SABAH

Pejabat Daerah merupakan penyelaras (Chief Coordinator) ke atas semua aktiviti pembangunan di peringkat daerah dan sebagai cawangan tempatan kepada Urus Setia Negeri (State Secretariat) dan Kerajaan Persekutuan. Objektif-objektif jangka panjang oleh kerajaan adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Objektif penting yang harus dicapai oleh Pejabat Daerah ialah pemodenan taraf hidup masyarakat luar Bandar, penyediaan kemudahan-kemudahan asas, pengwujudan peluang pekerjaan, dan pembangunan masyarakat. Berikut merupakan antara kakitangan yang menjawat jawatan di pejabat daerah Beaufort dari tahun 2003 hingga 2010 yang terdiri daripada En.Jaafar Hj. Ismail (2003-2005), En.Wong Foo Tin (2005-2007), Hj. Mohd. Sidek Hj. Abdul Jubar (2007-2010) dan Wong Foo Tin (2010). Pegawai Daerah Beaufort pada masa kini ialah Encik Wong Foo Tin yang di bantu oleh Encik Shaid Othman dan Encik Robert Stidi. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakakn oleh Pejabat Daerah Beaufort dalam bidang pentadbiran ialah memproses dan meluluskan permohonan lesen berniaga, mendaftar dokumen-dokumen, bertindak sebagai pengutip hasil dan cukai setem ( bayaran Mahkamah Anak negeri/bayaran Majistret), memberikan perkhidmatan Mahkamah Majistret Kelas Dua kepada masyarakat setempat, membuat pengesahan salinan dokumen-dokumen, dan memproses permohonan lesen menjual minuman keras.

MAJLIS DAERAH BEAUFORT, SABAH

Majlis daerah Beaufort terletak berhampiran dengan tapak tamu dan bersebelahan dengan dewan famosa Beaufort. Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort ialah Encik Abd. Said Ombok. Daripada lawatan kami ke Majlis Daerah Beaufort, kakitangannya mengatakan bahawa antara fungsi atau bidang kuasa yang terletak dibawah kuasa Majlis Daerah Beaufort berkaitan dengan hal-hal Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh itu, antara tugas-tugas yang dilaksanakan adalah seperti menjaga kebersihan kawasan pekan Beaufort, mengadakan gotong-royong mencegah pembiakan nyamuk, menguruskan kawasan tapak tamu, menyediakan pekerja-pekerja bagi memandu lori pengangkut sampah dan pekerja untuk menyapu, serta memotong rumput.

Majlis Daerah Beaufort juga turut menyediakan Piagam Pelanggan untuk menjadi rujukan umum. Antara isi kandungan piagam tersebut ialah memproses untuk pelan pengubahsuaian bangunan atau premis atau pelan Pembahagian Tanah dan tempoh 3 bulan selepas permohonan diterima, mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (OC) bangunan atau premis dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan diterima, memastikan bil-bil cukai pintu dikeluarkan sekali dalam setiap 3 bulan, memproses untuk kelulusan Permohonan Lesen Operasi baru dalam tempoh 3 bulan dan Pembaharuan Lesen Operasi dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan diterima, mengambil tindakan ke atas setiap aduan pelanggan dalam masa satu hari selepas aduan diterima dan memastikan pembersihan dan pengangkutan sampah dilaksanakan pada setiap hari di kawasan kedai (perniagaan), dan pengangkutan sampah di kawasan perumahan atau kediaman dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN DAERAH BEAUFORT
Bahagian pentadbiran dan kewangan daerah Beaufort merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam menguruskan sumber kewangan. Antara tanggungjawab dan aktiviti bahagian Pentadbiran Am dan Kewangan ini ialah menyediakan anggaran perbelanjaan, pungutan hasil, perlesenan, urusan fail, pengurusan pejabat, pentadbiran pelbagai undang-undang, menguruskan hal-hal perjawatan, urusan tawaran sebut harga, perlantikan Ketua Daerah/ketua Anak Negeri/wakil Ketua Anak Negeri/Pemimpin Masyarakat Cina dan Ketua Kampung, urusan keselamatan, urusan kehakiman, urusan Pilihanraya, urusan banci penduduk, menyelaras penggunaan computer dan melaksanakan sistem-sistem komputer yang diperkenalkan oleh kerajaan (SISPAN, SISVOT, SISFAIL, dan SMAPAN) serta bertanggungjawab dalam pengurusan kenderaan jabatan dan mesin-mesin pejabat. Terdapat beberapa buah bank yang beroperasi di Beaufort seperti Bank Simpanan Nasional, Alliance Bank, AGRO bank, Bank Rakyat, dan Public Bank.

JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN BEAUFORT

Selain itu, daerah Beaufort mempunyai 53 buah Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Jabatan-jabatan atau agensi kerajaan yang terdapat di daerah Beaufort ini mempunyai tanggungjawab atau peranan masing-masing dalam membangunkan daerah ini. Misalnya, Jabatan Air bertanggungjawab dalam memastikan semua kampung di daerah ini mendapat bekalan air bersih. Jabatan Kesihatan pula berfungsi untuk menyediakan kemudahan kesihatan yang baik seperti hospital dan klinik-klinik kesihatan. Daripada hasil kajian, kami telah memperoleh maklumat tentang jenis-jenis jabatan yang terdapat di daerah Beaufort ini iaitu seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 1: Bilangan kakitangan mengikut jabatan  

Bil    Jabatan/Agensi Kerajaan                                        Jumlah Kakitangan
1    Pejabat Daerah                                                        (49)
2    Jabatan Kerja Raya                                                 (152)
3    Jabatan Pengairan dan Saliran                                  (25)
4    Jabatan Air                                                              (66)
5    Jabatan Pertanian                                                    (43)
6    Jabatan Perikanan                                                   (12)
7    Jabatan Perkhidmatan Haiwan                                 (19)
8    Jabatan Perhutanan                                                  (43)
9    Jabatan Keretapi                                                     (22)
10    Jabatan Tanah dan Ukur                                        (71)
11    Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am                    (17)
12    Majlis Daerah                                                        (65)
13    Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah                (25)
14    Koperasi Pembangunan Daerah                             (38)
15    Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah       (51)
16    Yayasan Usaha Maju                                             (7)
17    Yayasan Sabah                                                      (20)
18    Perbadanan Pinjaman Sabah                                  (6)
19    Perpustakaan                                                         (12)
20    Pejabat UPKR N.25 Klias                                     (12)
21    Pejabat UPKR N.25 Lumadan                               (14)
22    Bendahari Daerah                                                   (4)
23    Pejabat Belia dan Sukan (Negeri)                           (1)
24    Lembaga Industri Getah                                          (46)
25    Mahkamah Syariah                                                 (7)
26    Ko-Nelayan                                                           (8)
27    Polis DiRaja Malaysia                                             (173)
28    Hospital Daerah                                                      (333)
29    Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan)                    (7)
30    Jabatan Pendaftaran Negara                                    (7)
31    Jabatan Kesihatan                                                   (348)
32    Jabatan Bomba dan Penyelamat                              (19)
33    Mahkamah  Majistret                                              (3)
34    Jabatan Tenaga Kerja                                             (8)
35    Jabatan Koperasi                                                    (7)
36    Jabatan Pelajaran                                                    (45)
37    Jabatan Pengangkutan Jalan                                    (24)
38    GIAT MARA Limbawang                                      (7)
39    KEMAS                                                                (37)
40    Jabatan Penerangan                                                (11)
41    Pertubuhan Peladang                                              (12)
42    Kem. Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna             (22)
43    RELA                                                                    (2)
44    Pos Malaysia Berhad                                              (7)
45    Lembaga Urusan Tabung Haji                                 (11)
46    AGRO Bank                                                          (18)
47    Telekom Malaysia                                                   (26)
48    Jabatan Perpaduan Negara                                      (2)
49    JPA                                                                        (32)
50    FAMA                                                                   (5)
51    SESB                                                                     (43)
52    FELCRA                                                                (8)
53    JPKN                                                                     (4)
                                                                   JUMLAH    (2,026)

Sumber: Hakcipta terpelihara (c) Pejabat Daerah Beaufort 2010.

PENDUDUK BEAUFORT   

Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia pada tahun 2000, 94.26% daripada jumlah penduduk Daerah Beaufort terdiri daripada Warganegara Malaysia dan selebihnya adalah bukan Warganegara Malaysia. Jadual di bawah menunjukkan jumlah penduduk Warganegara dan bukan Warganegara yang terdapat di Daerah Beaufort.

Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia Tahun 2000, penduduk Daerah Beaufort dianggarkan berjumlah 64,756 orang terdiri daripada 33,085 orang lelaki (51.09%) dan 31,671 orang perempuan (48.91%). Jumlah penduduk Daerah Beaufort pada tahun 1980 pula terdiri daripada 36,403 orang dan pada tahun 1991 adalah seramai 48,742 orang. Selain itu, berdasarkan pada purata tahunan kadar pertumbuhan penduduk di Daerah Beaufort pula mencecah sebanyak 3.4%. Oleh itu, anggaran terhadap jumlah penduduk Daerah Beaufort pada tahun 2010 adalah lebih tinggi iaitu seramai 86,773 orang. Berikut merupakan pecahan penduduk mengikut bangsa yang telah kami peroleh daripada Pejabat Daerah Beaufort.

MUKIM-MUKIM YANG TERDAPAT DI DAERAH BEAUFORT

Daerah Beaufort dibahagikan kepada 8(lapan) mukim berdasarkan kepada persempadanan pilihanraya bagi kawasan N.25 Klias dan N.27 Lumadan. Dalam setiap mukim pula diletakkan beberapa buah kampong yang terdapat di daerah Beaufort ini. Oleh itu, pentadbiran kampung-kampung tersebut terletak pada mukim-mukim yang telah ditentukan itu. Tujuan utama pembahagian mukim-mukim dan kampung-kampung ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan kampung serta melancarkan setiap urusan. Majlis Daerah Beaufort mempunyai kawasan perkadaran seluas 3,414 ekar. Kawasan perkadaran ini dibahagikan kepada sembilan (9) kawasan utama iaitu Beaufort (3,167 ekar), Bukau (10 ekar), Gadong (2 ekar), Kota Klias (10 ekar), Limbawang (3 ekar), Lingkungan (4 ekar), Membakut (158 ekar), Padas Damit (7 ekar) dan Weston (53 ekar).

BAHAGIAN MAHKAMAH DAERAH BEAUFORT

MAHKAMAH ANAK NEGERI
Pengwujudan Mahkamah Anak Negeri ini adalah untuk memastikan kebajikan kaum-kaum yang tinggal di luar bandar terpelihara dan adat resam mereka terjaga. Kerajaan telah melantik ketua-ketua kaum seperti Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung untuk menganggotai Mahkamah Anak Negeri untuk mengadili sebarang kesalahan-kesalahan adat. Bahagian ini juga diketuai oleh seorang Ketua Daerah yang bertanggungjawab dalam semua urusan Mahkamah Anak Negeri yang terdiri daripada tuntut waris bagi anak Negeri yang bukan beragama Islam sahaja, urusan Perkahwinan, urusan Perceraian, pentadbiran Ordinan Mahkamah Anak Negeri, perbicaraan kes-kes yang ada kaitan dengan adat resam dan, memproses permohonan mengambil anak angkat (adoption).

MAHKAMAH MAJISTRET ATAU PENTADBIRAN KEHAKIMAN

Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dilantik sebagai "Ex-Officio Second Class Majistrate" untuk menjalankan beberapa tugasan yang terletak di bawah kuasa Mahkamah Majistret iaitu perbicaraan kes-kes 'minor offences'’, menandatangani waran reman (Remand Warrant), menandatangani Waran Penjara ( Commit to Prison), menandatangani Waran masuk ke Pusat Masalah Mental (Mental Asylum), dan mengendos atau mengesahkan surat-surat akuan / surat sumpah dan surat-surat perjanjian dan sebagainya.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

KEMUDAHAN KESIHATAN
   
Daerah Beaufort mempunyai sebuah hospital kerajaan yang mempunyai 275 buah katil pesakit. Selain itu, terdapat juga Klinik Ibu dan Anak, klinik kesihatan sebanyak 4 buah dan klinik desa sebanyak 11 buah. Di samping itu terdapat 5 buah klinik swasta di Beaufort seperti klinik Dr.Gan, klinik Dr. Hamzah, Klinik Dr. Subha, polyklinik Permai, termasuk satu buah klinik pergigian (klinik Dr.Andrea).

KEMUDAHAN PENDIDIKAN

Selain mempunyai kemudahan kesihatan, Beaufort juga turut menyediakan kemudahan pendidikan iaitu sekolah-sekolah bagi memudahkan penduduknya mendapat khidmat pendidikan. Bilangan Sekolah Rendah yang ada di Beaufort adalah sebanyak 41 buah, bilangan Sekolah Menengah sebanyak 7 buah, bilangan Tadika KEMAS sebanyak 24 buah, bilangan Sekolah Agama JHEAINS sebanyak 15 buah dan TASKA sebuah sahaja. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 88 buah sekolah yang terletak di bawah daerah Beaufort.

KEMUDAHAN INSFRASTRUKTUR DAN UTILITI
Daerah Beaufort boleh dihubungi melalui jalan raya dan keretapi dari Kota Kinabalu. Antara sistem perhubungan jalanraya yang boleh didapati di Beaufort  yang menghubungkan daerah Beaufort dengan kawasan lain ialah jalanraya Kota Kinabalu ke Beaufort (90 km), jalanraya Papar ke Beaufort (54 km), jalanraya Kuala Penyu ke Beaufort (35 km), jalanraya Beaufort ke Sipitang (45 km), dan jalanraya Beaufort ke Tenom (49 km).

Kemudahan jalanraya di Daerah Beaufort telah membolehkan hampir semua daripada kampong-kampung dihubungi dengan jalanraya. Pecahan panjang jalanraya mengikut jenis jalanraya adalah seperti dalam jadual dibawah.

KEMUDAHAN BEKALAN ELEKTRIK

Jumlah kapasiti pengeluaran bekalan elektrik di Daerah Beaufort adalah 48 MW dan keperluan bekalan elektrik sebenar adalah 12 MW. Beaufort mempunyai lebihan keupayaan bekalan elektrik. Jumlah pengguna yang berdaftar di kawasan Beaufort adalah sebanyak 12, 722 dan pengguna industri adalah 3.5 MW.

KEMUDAHAN BEKALAN AIR

Jumlah kapasiti pengeluaran air semasa di Beaufort adalah 20 juta liter sehari. Keperluan sebenar bekalan air di Beaufort adalah 27 juta liter sehari. Daerah Beaufort kekurangan 7 juta liter sehari. Jumlah pengguna yang berdaftar di Beaufort adalah 7,200. Jumlah kampung yang telah mendapat bekalan air paip adalah sebanyak 72 buah kampung di Beaufort dan jumlah kampung yang belum mendapat bekalan air paip adalah sebanyak 25 di Beaufort. Senarai kampung yang telah mendapat bekalan air paip adalah seperti senarai yang terdapat dibawah ini.

Walau bagaimana pun, bukan semua kawasan kampung yang terdapat di daerah Beaufort ini mendapat bekalan air bersih kerana terdapat banyak kampung lagi terutamanya yang terletak jauh di kawasan pedalaman tidak mendapat bekalan air paip. Selain itu, kampung yang berada di seberang sungai juga tidak mendapat bekalan air paip ini. Melalui kajian terhadap kampung-kampung ini, kebanyakan penduduk kampung yang tidak mendapat bekalan air paip ini menggunakan sumber air hujan, air perigi dan air sungai untuk kegunaan domestik mereka.

Jadual 7: senarai kampung yang belum mendapat bekalan air

NAMA KAMPUNG YANG BELUM MENDAPAT BEKALAN AIR PAIP

PEMBANGUNAN TANAH DAN SEKTOR PERTANIAN
JENIS-JENIS TANAH
   
Secara amnya terdapat sembilan jenis tanah di Daerah Beaufort, iaitu tanah jenis Klias, Lokan, Dalit, Tuaran, Weston, Kepayan, Labau, Tanjung Aru dan Kinabatangan. Jenis-jenis tanah ini dibahagi-bahagikan dalam nilai peratusan dan setiap tanah mempunyai keluasan yang tertentu. Pembahagian peratus keluasan mengikut jenis tanah adalah seperti dalam jadual dibawah.

PEMBANGUNAN TANAH

Keluasan tanah pertanian berpotensi untuk dibangunkan adalah dianggarkan 64,342 hektar. Walau bagaimanapun, hanya 21,464 hektar telah diusahakan untuk pembangunan pertanian. Anggaran 1,000 hektar adalah kawasan perumahan dan perindustrian, 13,318 hektar adalah tanah terbiar, dan 28,560 adalah tanah yang belum lagi diusahakan.

PECAHAN PENGGUNAAN TANAH

Pecahan bagi penggunaan tanah dalam sektor pertanian di Beaufort dibahagikan mengikut jenis tanaman. Daripada kajian, didapati bahawa setiap tanah di daerah Beaufort ini ditanam dengan jenis tanaman yang berbeza kerana terdapat tanah yang hanya ditanam kelapa sawit atau getah sahaja dan ada juga yang hanya digunakan untuk menanam sayur-sayuran atau buah-buahan.

Jabatan dan Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam membangunkan sektor pertanian di daerah ini seperti Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang, Koperasi pembangunan desa, Lembaga Industri Tabung Getah Sabah telah merancang pelbagai projek pembangunan jangka panjang dan jangka pendek bagi membangunkan lagi sektor pertanian ke tahap yang lebih tinggi.

SEKTOR EKONOMI BEAUFORT
PELANCONGAN

Beaufort merupakan salah satu kawasan yang menjadi destinasi utama pelancong. Hal ini kerana terdapat beberapa tempat di Beaufort yang dijadikan sebagai kawasan pelancongan. Pusat-pusat pelancongan yang sedia ada yang sudah dibangunkan di Beaufort ialah seperti Borneo Proboscis River Lodge di Garrama, dan Rumah Kita Homestay. Selain itu, terdapat juga tempat-tempat pelancongan berpotensi yang belum dimajukan seperti Kota Klias, Weston dan Membakut. Malahan, terdapat juga hotel-hotel yang disediakan di pekan Beaufort ini untuk memudahkan para pengunjung yang datang ke Beaufort seperti Hotel Jasaria yang mempunyai 30 buah bilik, Hotel Melde yang menyediakan 24 buah bilik dan Hotel Mandarin yang menyediakan 17 buah bilik. Antara tarikan lokasi pelancongan ini ialah Proboscis Monkey, kelip-kelip dan kawasan hutan semula jadi yang dikekalkan.

INDUSTRI/PERKILANGAN
   
    Sektor perindustrian juga terdapat di daerah Beaufort ini. Antara jenis-jenis perindustrian yang dijalankan ialah pemprosesan kelapa sawit, kilang memproses susu getah, kilang papan, kilang kotak, industri makanan seperti pembuatan roti dan kerepek. Keluasan tanah perindustrian yang disediakan adalah seluas 69.1 hektar dengan bilangan tapak perindustrian sebanyak 9 buah. Selain kilang kelapa sawit yang sudah sedia ada, terdapat juga projek pembinaan kilang ini yang baru dijalankan. Sektor perindustrian yang paling banyak di daerah ini merupakan industri kelapa sawit dan getah kerana kedua-dua komoditi ini merupakan tanaman utama penduduk Beaufort.

SEKTOR PENTERNAKAN

Daerah Beaufort adalah diberikan tumpuan kepada pengeluaran ternakan ruminan oleh kerana kawasan tanah yang sesuai dan aktiviti penternakan kerbau, lembu dan kambing yang merupakan warisan turun temurun. Permintaan untuk daging daripada ternakan ruminan adalah sangat menggalakkan terutama sekali permintaan daripada Negeri Sarawak, W.P Labuan dan Negara Brunei.

SEKTOR PERIKANAN

Sektor perikanan merupakan antara sektor ekonomi yang penting di Beaufort selain sektor pertanian, penternakan, perindustrian dan pelancongan. Hal ini kerana, sebilangan penduduk menjalankan aktiviti perikanan bagi mendapatkan sumber makanan serta pendapatan. Selain itu, terdapat juga beberapa jenis ikan yang diternak oleh penduduk seperti ikan tilapia, ikan selunsung, ikan susu, udang kertas putih, dan udang harimau. Jumlah pengeluaran ikan daripada sektor penternakan ikan seperti penternakan ikan kolam air payau sebanyak 888 497 kilogram, penternakan kolam ikan air tawar sebanyak 51262.77 kilogram dan hasil pendaratan ikan marin sebanyak 1 347.78 kilogram. Di samping itu, terdapat beberapa kawasan yang telah diusahakan untuk tujuan penternakan ikan oleh orang persendirian di kawasan ZIA Padas/Klias seluas 68.447 hektar dan oleh pihak swasta di kawasan yang sama dengan keluasan 207.453 hektar. Terdapat banyak kawasan yang berpotensi untuk pembangunan perikanan di Daerah Beaufort.

MODEL GUNA TANAH DAERAH BEAUFORT
 
Ernest W.Burgess (1925) merupakan antara tokoh yang telah memperkenalkan teori model guna tanah. Teori ini mula-mula sekali diperkenalkan pada tahun 1925.  teori yang dibuat oleh Burgess ini dikenali sebagai teori “Zon Bandar” atau dengan nama lain sebagai “Model Zon Sepusat”. Teori Zon Bandar ini merupakan model yang dibuat melalui pengubahsuaian teori Von Thunen dengan tujuan digunakan secara lebih empirical dalam kajian Burgess tentang guna tanah di wilayah Chicago.

Burgess telah menggunakan kos pengangkutan dan keperluan kualiti hidup sosial penduduk setempat serta fungsi penggunaan tanah tanpa melibatkan faktor-faktor lain. Dalam model Zon Sepusat Burgess ini beliau telah membahagikan penggunaan tanah kepada lima zon utama mengikut bulatan konsentris iaitu zon 1 ialah daerah perniagaan berpusat, zon 2 ialah zon peralihan, zon 3 ialah zon perumahan pekerja, zon 4 ialah zon kediaman terbaik dan zon terakhir iaitu zon 5 merupakan zon berulang-alik.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian kami di Beaufort, kami telah memilih model Burgess bagi mewakili jenis guna tanah di kawasan tersebut. Berdasarkan model Zon Sepusat oleh Burgess ini daerah perniagaan berpusat tertumpu di kawasan pekan iaitu terletak pada zon satu dalam model. Selain itu, zon peralihan di daerah Beaufort ini juga merupakan kawasan perniagaan atau perindustrian ringan yang tidak menggunakan ruang yang luas misalnya lot-lot kedai kecil seperti kedai runcit. Seterusnya, zon perumahan pekerja terletak dalam bulatan ketiga. Kawasan perumahan ini terletak berhampiran dengan kawasan pekan bagi memudahkan penduduk pergi bekerja. Zon ke tiga ini terdiri daripada golongan pekerja kilang, buruh, dan penduduk yang berpendapatan rendah. Misalnya, terdapat kawasan kediaman penduduk yang berdekatan dengan kilang di Beaufort seperti di kampung Mempagar.

Manakala, zon keempat dan kelima pula berada jauh dari kawasan pekan kerana zon tersebut adalah kawasan pinggir bandar yang didiami oleh penduduk yang mempunyai taraf hidup yang lebih baik. Misalnya, penduduk daerah Beaufort yang mempunyai ladang-ladang kelapa sawit dan getah ramai yang bertumpu di kawasan pinggir bandar. Zon berulang-alik pula merupakan kawasan luar dari sempadan bandar yang merupakan kawasan kediaman bagi komuniti pinggir bandar. Masyarakatnya terdiri daripada golongan atasan dan pertengahan yang mempunyai kenderaan sendiri. Misalnya, terdapat ramai golongan atasan dan pertengahan di daerah Beaufort yang tinggal di kawasan berulang-alik ini. Hal ini kerana, mereka mempunyai kenderaan sendiri yang memudahkan pergerakan serta disebabkan keinginan untuk hidup dengan aman dan selesa.

BANDAR SEBAGAI PUSAT PENGUMPULAN PENGELUARAN DESA

Pekan Beaufort berfungsi sebagai pusat pengumpulan pengeluaran pelbagai hasil dari desa. Contohnya, hasil pertanian dari desa seperti padi, buah-buahan, kelapa sawit, getah, kelapa, sayur-sayuran, tanaman kontan, tanaman rempah dan sebagainya akan dikumpulkan di pekan Beaufort sebelum barang-barangan ini diedarkan kepada penduduk melalui proses jual beli. Dengan ini penduduk dapat menikmati pelbagai barangan atau hasil pengeluaran desa dengan harga yang berpatutan. Pada masa yang sama penduduk desa juga memperoleh pendapatan melalui proses jual beli ini.

Hasil tanaman ini akan dikumpulkan di tempat-tempat yang terdapat di daerah Beaufort seperti pasar, tamu dan sebagainya. Melalui pemerhatian dan kajian yang dilakukan di daerah Beaufort, kami mendapati bahawa barangan yang terdapat di pekan Beaufort keseluruhannya diperoleh dari kampung. Kebanyakan barangan ini seperti sayur-sayuran, buah-buahan, sagu, rempah dan sebaagainya didapati diusahakan oleh penduduk desa. Selain itu, terdapat juga barangan atau produk desa yang diperoleh daripada tempat-tempat lain seperti dari Kuala Penyu, Tenom, Ranau, dan Papar. Misalnya, sayur lobak, kubis, tomato dan kentang serta pelbagai tanaman lain diperoleh dari kg. Kundasang, Ranau. Berikut merupakan antara produk desa yang terdapat di Daerah Beaufort yang diperoleh dari pelbagai tempat.  

(maklumat tidak sepenuhnya)

Pinyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Sek. Ren SABAH) JKR/UPM 2010

Kajian Lapangan BioGeografi - Pengurusan Ekosistem UMS/SPPS 2010